Sunday 22 July 2012

Perhatian
Maaflah, video Love So Sweet tu ada masalah sikit. Tak dapt nak upload. Nanti kalau boleh, kita uploadkan balik. Kalau nak tengok juga,tengoklah kat youtube yer. Sori.


Introduction


Emm, bila tengok kawan-kawan buat blog, teringin pulak nak buat. Buat blog ni pun cuma nak share pasal hobi, pengalaman dan paling penting nak saling menasihati sesama Islam. Jadi sempena bulan Ramadan yang mulia ni, harap-harap blog ni dapat memberi manfaat pada saya dan anda yang membacanya.

Jadi, kenapa pilih 'Love So Sweet'?

'Love So Sweet' ni dapat daripada tajuk lagu artis jepun yang saya suka 'Arashi'. Kalau nak tengok lagu ni, ada video kat bawah. Siap ada lirik lagi. Mula-mula ada intro sikit pasal lagu ni, then baru lagu dia play. Suka masa lirik dia cakap "Believing is everything, Love So Sweet". Memang betullah apa yang Jun cakap, ayat ni penuh bermakna. Pada pendapat saya, kalau kita nak dicintai dan mencintai, kita kenalah percaya. Percaya pada diri, percaya pada orang yang kita cintai dan percaya pada takdir Allah. Percayalah, anda akn dapat merasakan love is sweet.

Pada saya, love is really sweet, especially love for Allah. Love for Allah is the ultimate and sweetest love ever that exist in this world. Tapi nak dapatkan cinta Allah memang bukan senang. Penuh dugaan dan cabaran, tetapi percayalah, cinta Allah ni, bila dah dapat sangat manis dan indah. Jadi, sempena Ramadan ni, marilah kita meraih cinta Allah dengan beribadah dengan ikhlas seperti solat terawih, baca al-Quran, bersedekah dan lain-lain.

Ok, sampai sini je untuk hari ni. Nak siap-siap solat asar. Nanti nak pergi berbuka pula kat masjid and straight pergi solat terawih. Kena cepat pergi, nanti ramai orang. Selamat berpuasa semua.
Assalammualaikum...